Sunday, 8 January 2012

RPT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN T1 2012

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN SATU (2012)

MINGGU 

TEMA/ TAJUK 

HASIL PEMBELAJARAN 

CADANGAN AKTIVITI 

1-3

5


 

1. PENCAPAIAN

KENDIRI

a. Identiti diri

- Potensi diri

b. Penyelesaian konflik

- Pengaruh rakan

sebaya

  1. Mengenal pasti potensi diri dan langkah-langkah untuk mengembangkan potensi diri
  2. Menghuraikan kepentingan memilih rakan yang bijak
  3. Berkeupayaan mengembangkan potensi diri
  4. Bijak memilih rakan
  5. Membuat keputusan yang bijak dalam menangani pengaruh negatif
  6. Mempunyai keyakinan diri
  7. Menjaga maruah diri dalam pergaulan dengan orang lain
  1. Menulis diari atau puisi untuk melahirkan perasaan
  2. Membuat kajian mudah tentang kerjaya masa depan
  3. Mengumpul maklumat tokoh-tokoh yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing
  4. Mengenal pasti tingkah laku anti sosial dan agresif dan cara mengatasinya
  5. Melakonkan tingkah laku asertif untuk menangani pengaruh negatif


 

Minggu 4- Cuti Tahun Baru Cina ( 23.01.2012-27.01.2012)

6-9

2. HUBUNGAN KEKELUARGAAN

a. Keluarga bahagia

- Saling menyayangi

- Hubungan yang

mesra dan akrab

- Saling membantu

- Kesihatan keluarga

  1. Menerangkan ciri-ciri keluarga bahagia
  2. Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab antara anggota keluarga
  3. Mengamalkan adab dan tatasusila dalam keluarga
  4. Mengamalkan gaya hidup keluarga yang sihat
  5. Menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan anggota keluarga
  6. Menghormati dan menghargai ibu bapa dan anggota keluarga
  1. Menulis surat atau menghasilkan kad untuk meluahkan perasaan kasih sayang dan mengucapkan terima kasih
  2. Menghasilkan puisi/poster yang bertemakan keluarga bahagia
  3. Melakonkan cara membantu anggot keluarga di rumah
  4. Membuat catatan peristiwa kehidupan yang berkaitan dengan keluarga bahagia
  5. Merancang dan menulis menu mingguan yang sihat untuk keluarga
  6. Membincang kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan diri dari perspektif kesejahteraan keluarga

Minggu 10 - Ujian 1 (05.03.2012-09.03.2012)

Minggu 11 – Cuti Pertengahan Semester 1

12-19

3. HIDUP BERMASYARAKAT

a. Bangga terhadap

sekolah

- Sejarah

- Identiti

- Peraturan

- Budaya

- Semangat

berpasukan

b. Penjagaan dan

peningkatan imej

sekolah

- Sahsiah dan sikap

yang positif

- Penglibatan dalam

aktiviti sekolah

- Sokongan moral

  1. Menerangkan latar belakang sekolah
  2. Menghuraikan kepentingan menjaga dan meningkatkan imej sekolah
  3. Mematuhi peraturan sekolah
  4. Memberi sumbangan dalam aktiviti sekolah
  5. Menjaga dan meningkatkan imej sekolah
  6. Berbangga terhadap sekolah
  7. Menunjukkan semangat berpasukan
  8. Menghormati pelbagai kebolehan dan pendapat dalam komuniti sekolah
  1. Mengumpul maklumat dan menghasilkan folio tentang sejarah sekolah
  2. Membuat kajian tentang peraturan sekolah
  3. Melakonkan sesuatu aktiviti di sekolah yang menunjukkan semangat berpasukan
  4. Mencipta puisi yang bertemakan kebanggaan terhadap sekolah
  5. Mengemukakan cadangan untuk menjaga dan meningkatkan imej sekolah
  6. Membuat projek membaiki peralatan sekolah
  7. Menjana idea secara kumpulan untuk menghasilkan projek:

- sekolah penyayang

- keceriaan sekolah

- kemudahan sekolah

- pusat pembelajaran kendiri

- stesen kokurikulum

Minggu 20-21 – Peperiksaan Semester 1

Minggu 22-23 – Cuti Pertengahan Tahun

24-28

4. WARISAN KEPELBAGAIAN

BUDAYA MALAYSIA

a. Cerita rakyat

pelbagai kaum

  1. Menerangkan ciri-ciri cerita rakyat pelbagai kaum
  2. Meneladani nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita rakyat
  3. Mengapresiasi warisan budaya sendiri
  4. Mengapresiasi sumbangan pelbagai budaya dalam bidang kesusasteraan
  5. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia
  1. Berkongsi cerita rakyat pelbagai kaum
  2. Melakonkan cerita rakyat pelbagai kaum
  3. Menghasilkan koleksi cerita rakyat pelbagai kaum secara kumpulan
  4. Menyenaraikan pengajaran daripada cerita rakyat pelbagai kaum
  5. Mengadakan pertandingan bercerita 'cerita rakyat' Malaysia

29-32

5. MALAYSIA NEGARA

BERDAULAT

a. Kerajaan demokrasi

- Maksud demokrasi

- Prinsip demokrasi

  1. Menjelaskan maksud dan prinsip kerajaan demokrasi
  2. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara dalam sistem demokrasi di Malaysia
  3. Mengekalkan amalan demokrasi di Malaysia
  4. Berbangga dan menghargai sistem demokrasi Negara
  5. Cinta akan negara
  1. Mencipta lagu dan menyanyikan lagu bertemakan demokrasi
  2. Memilih tokoh murid secara demokrasi
  3. Membuat kajian tentang sistem demokrasi di Malaysia
  4. Mereka cipta lencana dan cogan kata berdasarkan prinsip-prinsip sistem demokrasi di Malaysia

Minggu 33 – Peperiksaan Pertengahan Semester 2

Minggu 34 – Cuti Pertengahan Semester 2

35-43

6. CABARAN MASA DEPAN

a. Kesinambungan kesejahteraan rakyat

- Kesedaran sivik

- Jati diri

- Empati terhadap

golongan yang kurang

bernasib baik dan

kurang upaya

- Perpaduan kaum

-Kelestarian alam

sekitar

  1. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memastikan kesinambungan kesejahteraan rakyat
  2. Menghuraikan ancaman persekitaran dan cara mengatasinya
  3. Menjelaskan kepentingan ketahanan diri dalam menghadapi cabaran
  4. Menghurai kepentingan bekerjasama dan bersatu padu dalam masyarakat pelbagai kaum
  5. Mengambil tindakan yang wajar dalam menangani pelbagai ancaman atau cabaran
  6. Peka terhadap keperluan kesedaran sivik di kalangan masyarakat
  7. Prihatin terhadap perasaan dan keperluan golongan yang kurang bernasib baik dan kurang berupaya
  1. Mengadakan kempen kesedaran sivik di peringkat sekolah
  2. Menghasilkan skrip dialog yang menggambarkan kehidupan sebuah masyarakat yang sejahtera
  3. Menyelesaikan masalah cabaran hidup yang dihadapi
  4. Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran alam
  5. Menulis cadangan kepada pihak berkenaan tentang kemudahan awam untuk golongan kurang upaya
  6. Mengumpul keratan akhbar tentang golongan kurang bernasib baik dan membincangkan cara-cara untuk membantu mereka
  7. Mengadakan pameran yang bertemakan keamanan/perpaduan

Minggu 44-45- Peperiksaan Akhir Tahun (29.10.2012-09.11.2012)

Cuti Akhir Tahun (12.11.2012-02.01.2012)

No comments:

Post a Comment